Satu persoalan yg wajib dijawab oleh pimpinan PAS dan para pendokong PAS... untuk apa kita berjuang untuk memansuhkan undang-undang I.S.A... jawapan yang paling mudah ialah kerana undang-undang ini terlalu zalim kerana pihak berkuasa menghukum seseorang tanda dibawa ke mahkamah dan dikemukakan tuduhan dan tidak diberi ruang kepada orang itu untuk membela diri atau melantik peguam untuk membela dirinya sendiri....
Semua orang faham dan maklum asas penentangan kita terhadap akta dan undang-undang ini namun hakikatnya kita juga yang bertindak sama seperti itu juga zalim dalam menghukum seseorang tanpa memberi ruang kepada orang yang dihukum untuk menyatakan pendirian dan membela diri....
Bahkan lebih malang lagi hukuman yang dibuat itu berdasarkan kepada ego dan amarah seseorang sahaja...keputusan itu juga dibuat dalam keadaan sedang marah, sedang bengang dan sebagainya... keputusan itu dibuat atas desakan dan cadangan orang yang memang sudah lama berperasaan tak puas hati kepada orang yang dihukum... desakan untuk hukum orang yang dihukum itu juga dibuat sambil hempas fail... orang itu mesti dipecat!!!!! orang itu mesti dihukum!!! kerana sebab itu dan ini.... akhirnya keputusanya orang yang nak dihukum itu juga dengan dibuang daerah tanpa dipanggil untuk membela diri..... itukah keadilan islam?... itukah asas perjuangan kita utk menegakan keadilan islam?...
Tiba-tiba bila orang kesayangan mereka terlepas dari hukuman dunia oleh mahkamah yang mereka sendiri label sebelum ini sebagai tidak adil dan jadi tungangan atau hakim ruber stamp, hari ini disanjung dengan kata-kata inilah keadilan yang kita perjuangkan.... mahkamah kita telah mula nampak kebebasanya dari dibelenggu oleh sesuatu pihak... tapi mereka lupa tahi mereka sedang terpalit pada pakaian mereka sediri.... dalam bab ini kenapa tak guna saluran yang bersumberkan al-Quran dan Hadith?....
Bila keputusan bersalah telah dibuat maka akan diciptalah pula pelbagai kebohongan dengan kata-kata manis ..jadilah seperti Khalid Al-Walid semasa dipecat oleh Umar .... namun apa yang pasti pihak musuh telah ketawa sampai terbahak-bahak melihat kebodohan ini... musuh diluar ketawa...musuh didalam girang dan riang.... "yahooooooo !!!! ... plan aku dah berjaya!!!.... misi aku dah berjaya!!!... tinggal 2-3 orang lai yang akan kita urusakan......tunggu!!!!"
Sekadar nak ingatkan pimpinan PAS tentang ingatan Nabi s.a.w " Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukanya dengan terang-terangan ( dikhalayak ramai/didepan rumah ) dan hendaklah dia mengambil tanganya ( bersemuka empat mata ). Jika pemimpin itu mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipanya"... Hadis Riwayat Bukhari... wallahualam...
No comments:
Post a Comment