Berita semalam "Hasan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran"dan pembetulan Harakahdaily hari ini yang menukar tajuk "Nik Aziz bersyukur masalah selesai" adalah satu confirmation bahawa Harakahdaily sedang dikuasai parasit kerana berita yang dilaporkan semalam sememangnya boleh menghangatkan dan menyulitkan keadaan, bukan menyelesaikan kemelut serta menyejukkan keadaan yang panas. Saya yakin pembetulan hari ini akibat komentar dari orang ramai yang tidak berpuas hati dengan manipulasi berita asal oleh Harakahdaily semalam, selepas video klip temuramah asal oleh ASTRO tersebar di dalam Youtube.
Hari
ini, Harakahdaily dilihat cuba ‘cover’ berita ‘jahat’ semalam dengan
menyiarkan video dan transkrip penuh konon-kononya untuk cerita diorang
gentlemen. Tapi semua pembaca dapat lihat manipulasi berita asal dengan
terbitan Harakahdaily.
Bukti
yang cukup jelas bahawa wartawan-wartawan Harakah dikuasai oleh 2 kuasa
parasit Zul Sulong dan Rasyidi ialah keengganan pimpinan untuk
memberikan kenyataan kepada mereka tentang pertemuan tersebut. Ini
menunjukkan seolah-olah, kepimpinan tertinggi parti tidak lagi
mempercayai Harakahdaily apabila mereka lansung tidak memaklumkan apatah
lagi menjemput wartawan Harakah mahupun Harakahdaily untuk buat liputan
pada Majlis Mahabbah itu.
Atau,
mungkin juga perjumpaan itu adalah tertutup dan rahsia. Jika benar
begitu, kenapa Harakah siarkan perjumpaan tersebut? Adakah Harakah bukan
lagi milik parti justeru bercanggah dengan kehendak parti atau memang
betul Harakahdaily dikuasai parasit? Sepatutnya sebagai agen parti,
Harakah perlu menghormati sesuatu yang dirahsiakan oleh pemimpin parti
jika benar perjumpaan tersebut adalah rahsia. Tetapi bagi saya, andaian
kedua ini, iaitu perjumpaan tersebut adalah rahsia agak tak masuk akal
justeru TGNA buat kenyataan kepada media sebagaimana rakaman tersebut.
Jadi, telahan pertama iaitu pemimpin tertinggi parti tidak lagi
mempercayai Harakahdaily adalah telahan yang kuat dan 99% tepat.
Kalau
anda berfikir dengan waras, anda akan dapat baca tentang tahap
kepercayaan pemimpin tertinggi parti kepada Harakahdaily. Perlu saya
tekankan lagi, perkara ini bukan salah Harakah atau Harakahdaily kerana
Harakah adalah ‘kenderaan’ milik kita semua. Yang salah ialah parasit
yang merampas tempat memandu ‘kenderaan’ tersebut. Nak buang
parasit-parasit ini adalah agak mustahil kerana di sana ada akta buruh
dan kita tak jahat macam UMNO. Sukarnya UMNO pecat orang PAS dari
jawatan kerajaan, begitulah juga sukarnya untuk pecat parasit-parasit
ini jika PAS mahu berbuat demikian. Sebab tu mereka masih kekal di
kerusi empuk tersebut.
Sebab
itu, jika mereka ada maruah, baik blah sebelum kempen untuk satu rally
dan tunjuk perasaan besar-besaran di depan pejabat agong atau Harakah
untuk memaksa mereka meletak jawatan. Memang muka parasit-parasit ni tak
malu, terima gaji dari parti, tapi jadi pengkhianat parti dengan
memanaskan keadaan yang hakikatnya sudah reda dengan penarikan balik
dari Dr. Hassan Ali dan dengan pertemuan tersebut.
Berbalik
kepada hujahan saya bahawa berita Harakahdaily semalam dan hari ini
membuktikan mereka sememangnya dikuasa parasit adalah seperti berikut:
1. Kenapa
Harakah tak buat liputan direct dengan yang berkenaan seperti Tuan Guru
Presiden, Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am sendiri? Kenapa mereka
petik dari youtube yang dirakam oleh wartawan ASTRO? Isunya ialah,
adakah pemimpin tertinggi enggan beri kerjasama? Jika betul mereka
enggan beri kerjasama, persoalannya mengapa? Saya boleh berikan jawapan
kepada soalan ini, iaitu pemimpin-pemimpin tertinggi ini sudah hilang
kepercayaan terhadap Harakah dan juga Harakahdaily kerana mereka banyak
memanipulasi, mengubah, menokok dan menambah kenyataan-kenyataan
pemimpin tertinggi parti, khususnya dari kalangan ulama. Pemanipulasian
berlaku bukan mengikut selera wartawan, tetapi sebenarnya mengikut nafsu
dan grand design parasit-parasit disebalik tabir, yang dijayakan oleh
dua parasit besar dalam Harakah, iaitu Zul Sulong dan Rasyidi Hassan.
2. Jika
benar Harakahdaily pertahankan kenyataanya semalam, kenapa tajuk
semalam yang berbunyi: “Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri
kesyukuran” telah diubah tajuknya kepada "Nik Aziz bersyukur masalah
selesai"?
Jika kita bandingkan artikel
semalam dengan video rakaman, kita dapati bahawa di sana terlalu banyak
fakta yang bercanggah dengan apa yang telah dilaporkan oleh
Harakahdaily. Antaranya ialah:
a. Harakahdaily versi parasit berkata: “Saya sendiri (TGNA) akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini”. Padahal dalam versi asli menyebut: “tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat.” Bila melihat video penuh kita rasa sejuk hati. Maknanya, jamuan ringan masa perjumpaan semalam di JKR 10. Bukan akan dibuat, tetapi telah dibuat. Takkan sebagai wartawan berpengalaman tak faham ayat tu? Sebaliknya bila baca Harakahdaily, rasa macam martabat Dr. Hassan Ali sangat rendah apabila tajuk kepada isi meng’swing’kan hakikatnya yang asal.
b. Beliau ke JKR 10 bukan untuk meminta maaf, kerana maaf telah dibuat secara terbuka sebelum itu. Tetapi beliau ke JKR 10 kerana sebab-sebab yang masih belum diumumkan oleh pimpinan. TGNA tak ada sebutpun dalam video tersebut bahawa Dr. Hassan Ali datang minta maaf. Persoalannya mana Harakahdaily ambil point tu? Inilah reka cipta parasit untuk memanipulasikan fakta dan berita.
c. Mana statement dalam transkrip tersebut yang kata Dr. Hasan Ali datang minta maaf? Tuan Guru cerita Dr. Hassan ali minta maaf dalam perenggan awal serta memuji tindakan Dr. Hassan sebagai berani, tetapi tiada lansung kaitan perjumpaan tersebut dengan isu minta maaf sebagaimana yang ditayangkan di dalam video tersebut. Perenggan ke 5, selepas 3 soalan baru TGNA cakap bahawa mereka datang atas jemputan, bukan datang semata-mata minta maaf sebagaimana yang digambarkan oleh Harakahdaily. Minta maaf yang TGNA sebut hanyalah merujuk kepada pengisytiharan DRHA di dalam media-media utama. Isu pertemuan tersebut hanya diulas oleh TGNA dalam soalan berkaitan Ustaz Nasharudin dan lansung tak ada kaitan lansung dengan isu minta maaf Dr. Hassan Ali.
| Tajuk berita asal "Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran". |
| Tajuk ditukar kepada " Nik Aziz bersyukur masalah selesai" |

4. Apa
yang dapat dilihat daripada Harakah daily ialah, mereka dah tak ada
jalan nak burukan imej Dr. Hassan dan Ustaz Nasharudin tentang
konon-kononnya diorang nak masuk UMNO, khususnya apabila Dr. Hassan Ali
dah “u-turn” dengan memohon maaf tentang isu Negara berkebajikan dan
berikrar akan terus bersama PAS. Bila mereka dah tak
ada jalan, pujian TGNA di”swing” seolah-oleh Dr. Hassan Ali terlalu hina
untuk datang menyerodok minta maaf, wording yang difahami daripada
laporan Harakahdaily. Laporan ini menjatuhkan imej Dr. Hassan Ali
sendiri kerana apa yang dihighlight oleh Harakahdaily, bahawa Dr. Hassan
seolah-olah datang menyerodok minta maaf, buktinya, mana ada
Harakahdaily sebut disana ada jemputan, walhal dalam video tu, jelas
TGNA sebut ada jemputan. Ini salah satu cara strategi golongan Parasit
untuk mengjadikan Dr. Hassan Ali ‘hot’ dengan mencabar keegoan beliau,
dengan tujuan Dr. Hassan Ali akan melenting seterusnya menembak balik
parti dari luar. Jika ini berlaku, mereka sangat gembira kerana ia akan
menjayakan plan mereka untuk tindakan buang mereka dari parti. Tapi
al-hamdulillah, Dr. Hassan setakat memberi penjelasan bahawa dia datang
ke Majlis tersebut bukan meminta maaf, bahkan memenuhi jemputan ukhuwwah
pimpinan tertinggi untuk berbincang, bukan meminta maaf kerana maaf
telah dibuat secara terbuka sebelum itu.
5. Penerangan
Tuan Guru Presiden tentang istilah yang digunakan di dalam peristiwa
pembukaan Mekah untuk tidak mengeruhkan keadaan, istilah "Hari ini hari kasihan belas” digunakan berbanding istilah “Hari ini Hari Perang". Sama juga, sepatutnya lidah rasmi parti menggunakan wording halus seperti ini seperti “Majlis Ukhuwwah berjaya, PAS Pusat patut membuat majlis kesyukuran” berbanding tajuk: “Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran.” Tajuk itu tak patut kerana memanaskan keadaan yang menjadi punca Dr. Hassan Ali buat kenyataan balas. Sepatutnya tajuk “Majlis Ukhuwwah berjaya, PAS Pusat patut membuat majlis kesyukuran” kerana TGNA jelas menyebut di dalam video tersebut: “Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah.”
Kesimpulannya,
andaian terhadap apa yang disiarkan dalam edisi semalam jelas
menunjukkan manipulasi berita. Adakah ini berlaku kerana kebodohan
wartawan atau sebenarnya sengaja diatur oleh parasit?
Apa yang jelas dan zahir kerana kita hanya boleh berhukum dengan zahir, kejadian ini adalah disengajakan kerana:
1. Ini
bukan pertama kali, tetapi berulangkali dilakukan oleh wartawan
berbeza. Takkan semua wartawan Harakah ‘bodoh’. Berlaku berulang kali
disebabkan oleh ‘kebodohan’ wartawan adalah mustahil kerana wartawannya
berbeza, tetapi yang pastinya ialah, parasitnya sama, iaitu Zul Sulong
dan Rasyidi. Terbaru sebelum laporan ini ialah kenyataan presiden yang
ditukar daripada: “Ingatan kepada semua pemimpin dan ahli PAS” kepada “bertindak sendiri gugur dari parti”.
Bukan ke bercanggah dengan ruh ukhuwwah yang disebutkan oleh Presiden
berkenaan dengan sirah pembukaan mekah? Nabi ubah wording yang kasar
kepada yang lembut bagi menjalinkan hubungan yang baik, tetapi wartawan
Harakah tukar dan swing laporan daripada wording yang lembut dan lebih
ukhuwwah kepada wording yang boleh menghangatkan keadaan, ni apa
cerita?
2. Sebab kedua saya yakin ialah: “Saya tahu apa yang kamu semua tak tahu”. Jadi, ikutilah siri-siri keseterusnya.
Tuntasnya,
saya berani kata, ini bukan kesilapan, tetapi perancangan jahat
golongan parasit melalui saluran Zul Sulong dan Rasyidi. Seperkara lagi,
kalau anda semua perasan, Harakah dulu kalau sebut Nik Aziz, diorang
tak tinggal perkataan Tok Guru atau Tuan Guru atau TG. Kalau alasan
jimat ruang, persoalannya adakah Harakah dulu banyak ruang sekarang
ruangnya kurang? Bagi saya, Harakah dulu sepatutnya lagi tak cukup ruang
sebab tak ada iklan seperti iklan ubat kuat yang semakin hari semakin
memenuhi ruang Harakah dan Harakah daily versi parasit. Orang pun boring
nak beli sebab orang tertanya-tanya: “harakah jual berita parti atau
akhbar iklan ubat kuat?” Rasyidi dan Zul Sulong kena ambil
tanggungjawab.
Teruskan kempen Selamatkan Harakah dari paasit-parasit ini. Sila like page facebook kempen selamatkan harakah:
https://www.facebook.com/pages/Selamatkan-Harakah/294426083928396
Teruskan kempen Selamatkan Harakah dari paasit-parasit ini. Sila like page facebook kempen selamatkan harakah:
https://www.facebook.com/pages/Selamatkan-Harakah/294426083928396
No comments:
Post a Comment