Wednesday, 14 December 2011

Rintihan Si Anak Pipit

Assalamualaikum....

Cuaca politik Malaysia nampaknya makin panas menjelangnya musim pilihanraya yang bakal menjelang tiba ni.... si anak pipit juga kepanasan mencari lalu terbang mencari kedinigin cuaya untuk berehat... 

Semuanya bakal tejadi atas ketentuan taqdir Ilahi jua dan tiada siapa yang dapat menjangka akan hiruk pikuknya dunia politik yang semakin usang dan berserabut bak sawang di bumbung rumah pangsan yang terbengkalai...

Dalam kesempatan di dalam ruang maya ini si anak pipit terbang meninjau perkembangan politik dan isu semasa hal ehwal penghuni negara yang tercinta ini yang berlatar belakangkan pelbagai anutan politik mahupun yang bertenggek diatas pagar umpama sang gagak yang meninjau makanan dan mangsa....
Rasa terlalu bersalah sangat jika si anak pipit hanya berpeluk tubuh melihat kecelaruan tanpa sedikit pembelaan dan komentar yang mungkin bersifat kritis dan pedas untuk kebaikan semua pihak...

Namun yang anak pipit amat ambil perhatian adalah masalah ummah dan aqidah ummah yang begitu gersang dek kerana kegagalan pihak-pihak yang diumukan kemenangan partinya dalam PRU 12 yang lalu dan masih tampak gejala keruntuhan moral ummah ini makin hari makin merudum....

Anak pipit yang berbulu hijau ini juga terlalu sayangkan jemaah dari segala macam anasir jahat yang merosakan... kecintaan anak pipit terhadap kesyumulan islam makin hari makin kuat kerinduanya terutamanya kerinduan terhadap keadilan ummah yang kian tidak terbela lagi dek kerana sang penguasa bertunjangkan sekularisme sebagai asas rujukan mereka lalu malaplah cahaya keadilan islam dan ummah sejagat...

Wallahu Ta'ala A'lam.... moga kehadiran anak pipit dalam dunia blogger ini akan dirasai bersama....

No comments:

Post a Comment