Apa muslihat dan relevenya kenyataan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agong PAS bila melondeh dan menelanjangkan Ust Nasharuddin Mat Isa mantan Timbalan Presiden PAS dan Dato' Hassan Ali mantan Pesuruhjaya PAS Selangor?
Dia nak ape? nak UMNOkan keduanya?... yang mencetuskan dan polimik ini mulanya adalalah Saari Sungip selaku Ketua Penerangan PAS Selangor namun si Saari Sungip ni terus dibekukan dari isu ini seolah-olah dia tak wujud langsung... tu yang Ust Nasa kata PAS kini dah pelik.... sejak bila pulak Saari Sungip melantik dirinya atau paling kurang PAS Selangor memberi mandat untuk dia umumkan siapa calon di Selangor... kenapa warga PAS tidak mengheret dia ke lembaga Disiplin Parti kerana mendahului kuasa Presiden PAS?...
Dengan mudah Mustafa Ali menghukum mereka berdua sebagai terjebak dengan jerangkap umno tanpa dia sedar bahawa dia juga sebenarnya telah terjebak dengan perangkap yang sama.... kalau dia rasa dia tak terperangkap kenapa dia boleh buat kenyataan itu dan terus menari dengan rentak itu?... lebih jauh dari itu Mustafa Ali telah mengumukan sesuatu yang tidak berkaitan langsung dengan isu dan dia sendiri telah menjadi kayu bakar kepada kemelut ini...
Soalnya mudah jer...apakah ade medium dari lidah resmi PAS pergi mendapatkan komen balas dari keduanya terlebih dahulu dan yang nyata serangan dari lidah resmi PAS terhadap mereka berdua adalah nyata sekali sekarang...
Bila isu ini panas kita dapati ramai yang nak jadi hero tamil tak ketinggalan dari saf kepimpinan tertinggi dan yang senyum melihat KEBODOHAN ini adalah warga UMNO....
Sebagai penutup Anak Pipit nak ulang peribahasa yang selalu ust Dato' Ismail Kamus cakap.... " pada mulanya nampak jer bodoh tapi tak pasti lagi... bila dia bercakap confirm bodoh SUNGGUH!!!"...
No comments:
Post a Comment